Minggu, 28 Oktober 2007

Ani & Gita, Kelas 3 SMP

Penyakit Aphasia
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Aphasia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Masalah aphasia adalah berbeza dengan dyslexia. Tanda penting pengidap aphasia adalah kesukaran berkomunikasi secara pertuturan, kesukaran memahami percakapan orang lain, dan kesukaran untuk membaca dan menulis. Aphasia kebiasaannya disebabkan oleh angin ahmar (stroke), kecederaan di kepala, tetapi juga disebabkan oleh ganguan sistem saraf (neorological disorder), seperti ketumbuhan otak, penyakit nyanyuk Alzheimer, penyakit Picks, atau sesetengah jenis penyakit Parkinson. Bagaimanapun dalam kes tersebut, aphasia hanyalah salah satu tanda, yang biasanya diketepikan. Ini disebabkan terdapatnya ciri-ciri lain yang lebih diutamakan seperti kehilangan keupayaan berfikir. Kesan aphasia berbeza antara seseorang dengan orang yang lain, dan sesetengah pengidap aphasia boleh dibantu dengan bantuan terapi pertuturan. Berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pengidap aphasia.
Hypocrites, seorang doktor Yunani pada 450 B.C. pernah menulis mengenai kehilangan keupayaan bertutur disebabkan oleh kejutan truama. Semenjak itu sehingga 1800 pakar sains menyiasat mengenai kehilangan daya berhubung akibat kesan kejutan trauma kepada otak dan kesannya terhadap kefahaman melalui pendengaran, pembacaan, pertuturan, dan penulisan. Pada abad ke 19, pakar sains mempelajari mengenai bahagian khusus otak yang berkait dengan penguasaan bahasa. Pada akhir abad ke 20, semasa dan selepas Peperangan Dunia, terdapat keperluan untuk menangani ramai anggota tentera yang mengalami kejutan akibat letupan bom (shell shock), para pendidik, pakar perubatan, dan pakar terapi mula menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan latihan semula bagi pengidap aphasia. Dengan kemunculan teknologi seperti CT scan (tomografi berkomputer), MRI (magnetic resonance imaging), dan PET scans (positron emission tomography) membenarkan kita menyiasat lebih lanjut mengenai aktiviti otak.
Aphasia terdapat dalam banyak jenis, tetapi empat jenis aphasia yang besar adalah aphasia sementara, aphasia fasih, aphasia tidak fasih, dan aphasia sejagat.
Aphasia Sementara.
Aphasia sementara juga dikenali sebagai aphasia peralihan (transient aphasia), merujuk kepada masaalah komunikasi yang hanya untuk beberapa jam atau hari. Kebanyakan penghidap aphasia peralihan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari sahaja.
Aphasia Tidak Fasih
Ciri-ciri aphasia tidak fasih adalah pertuturan yang sukar, teragak-agak, berbentuk telegram, yang disertai tempoh senyap yang panjang. Mereka yang mengidap aphasia tidak fasih lebih banyak menggunakan nama benda dan kata kerja (nouns and verbs). Pertuturan adalah lambat dan susunan ayat biasanya tergantung. Pengidap aphasia tidak fasih juga biasanya menggunakan perbendaharaan kata yang terhad, satu perkataan. Mereka juga biasanya lumpuh atau lemah pada bahagian kaki atau tangan kanan. Perbendaharaan kata yang terhad juga nyata dalam penulisan. Bagaimanapun mereka yang mengidap aphasia tidak fasih tidak menghadapi masaalah memahami orang lain. Aphasia tidak fasih boleh dibahagikan kepada :-
Aphasia Broca - Pertuturan terhad kepada ayat pendek, kurang daripada empat ayat. Perbendaharaan kata terhad dan hanya boleh bertutur dengan sukar. Pengidap aphasia Broca mampu memahami orang lain tetapi pemahaman terhad apabila membaca.
Aphasia tidak fasih bercampur-campur. Ini merujuk kepada pengidap yang sukar bertutur dan terhad seperti aphasia Broca, tetapi mereka juga menghadapi kesukaran memahami pertuturan, pembacaan, dan penulisan.
Aphasia Fasih
Pengidap aphasia fasih biasanya mampu bertutur secara biasa tanpa tersekat-sekat sebagaimana mereka yang mengidap mengidap aphasia tidak fasih. Mereka juga tidak menghadapi lumpuh atau lemah anggota kanan. Bagaimanapun, pengidap aphasia fasih menghadapi masaalah untuk menggunakan noun yang tepat. Oleh itu, walaupun pengidap aphasia fasih boleh bercakap menggunakan ayat yang lengkap, mereka sukar mencari perkatan yang tepat untuk benda (noun), oleh itu mereka biasanya bercakap berdalih dengan menggunakan ayat yang menggelakkan penggunaan perkataan tersebut, menggunakan perkataan yang mempunyai erti seiras seperti "abang" menggantikan perkataan "adik", ataupun menggunakan perkataan tidak beerti. Kebiasaannya mereka yang mengidap aphasia fasih berhadapan dengan masaalah memahami orang lain. Aphasia fasih dibahagikan kepada beberapa pecahan :-
Pengidap aphasia Wernicke menghadapi kesukaran memahami pertuturan, tetapi dapat bertutur dengan fasih. Bagaimanapun ayat yang terhasil tergantung dan tidak lancar. Kadangkala perkataan yang tidak berkait digunakan. Pengidap aphasia Wernicke juga menghadapi masaalah untuk membaca dan menulis.
Pengidap aphasia Anomic menghadapi masaalah menggunakan perkataan yang sesuai terutama perkataan benda dan perbuatan (noun and verbs) ketika bertutur atau menulis. Oleh itu, walaupun mereka lancar bertutur, ayat mereka melencong dan mereka merasa tidak puas hati. Pengidap aphasia Anomic dapat memahami pertuturan dan dalam kebanyakan kes boleh membaca dengan baik.

Aphasia Sejagat.
Aphasia sejagat merujuk kepada mereka yang mengidap aphasia teruk, merangkumi semua peringkat berkait dengan bahasa. Mereka yang mengidap aphasia sejagat mempunyai pertuturan terhad, dan sukar memahami apa yang didengarnya. Aphasia sejagat ketara bagi mereka yang mengalami angin ahmar (stroke) yang teruk. Bagaimanapun, ia boleh pulih sekiranya kerosakan angin ahmar (stroke) tidak terlalu teruk. Bagi kes yang teruk, aphasia mungkin teruk dan berkekalan.
Kesukaran dalam komunikasi juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti lumpuh, lemah anggota, atau masaalah pertuturan disebabkan otot pertuturan atau cacat akal. Adalah penting memastikan punca sebenar agar rawatan terapi yang bersesuaian dapat digunakan. Ini disebabkan rawatan terapi yang berlainan bergantung kepada dignosa awal, oleh itu dignosa yang salah mungkin menyebabkan terapi yang salah digunakan, dengan itu melambatkan pemulihan pesakit.
Dianggarkan dalam 80% kes aphasia dapat dibantu dengan terapi bahasa yang bersesuaian. Ini merupakan asas yang kukuh untuk menyarankan terapi pertuturan kepada mereka pesakit aphasia. Pesakit aphasia yang muda memberikan tindakbalas yang lebih memberangsangkan berbanding pesakit aphasia yang berumur. Selain itu faktor seperti tahap aphasia, kesihatan tubuh badan pesakit, sokongan keluarga, dan motivasi memainkan peranan dalam tempoh terapi pertuturan. Pulih atau sembuh merujuk kepada perkembangan kemahiran berkomunikasi dan tidak bererti semboh sepenuhnya yang bererti mampu bertugas seperti biasa. Individual yang menghidapi aphasia selama beberapa minggu, berkemungkinan besar akan mengalami kekurangan bahasa dan pertuturan yang berkekalan. Bagaimanapun, terapi pertuturan mampu membantu mereka mengatasi masalah tersebut dan dapat terus hidup yang berfaedah.
Rawatan perulihan
Sesetengah pesakit aphasia yang mengalami aphasia peralihan "transient aphasia" yang hanya beberapa jam atau hari selepas kecederaan sebelum menghilang. Bagi pesakit aphasia pertengahan "mild", mereka mampu pulih, sementara mereka yang mengalami aphasia teruk, mereka menunjukkan perkembangan yang terbaik untuk enam hingga duabelas bulan pertama.
Aphasia tidak dapat dijangka untuk kes angin ahmar (stroke) atau kecerderaan kepala. Tahap aphasia bergantung kepada saiz dan tempat kerosak pada otak. Tidak terdapat sebarang ubat yang dikatahui mampu mengubati aphasia pada masa sekarang. Pembedahan dapat mengatasi aphasia dayng disebabkan oleh barah otak atau hematoma yang berkaitan dengan pusat pertuturan utama. Pembedahan tidak dapat membantu bagi aphasia yang disebabkan oleh angin ahmar (stroke) yang merupakan punca utama aphasia. Terapi pertuturan hanya membantu pengidap aphasia tetapi tidak dapat menyembuhkan aphasia. Tujuan terapi adalah untuk membantu pesakit menggunakan kemahiran yang tinggal untuk belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Tidak ada komentar: